JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENYELENGGARAAN & BAIK PULIH JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN [C331-018-3:2024]
Kod CUC331-018-3:2024-C08
CompetencyCore
Tajuk CUSELENGGARA PERANTI TAMBAHAN JENTERA KECIL DAN PERALATAN PERTANIAN
Penerangan CUSelenggara peranti tambahan jentera kecil dan peralatan pertanian menerangkan berkenaan tatacara menyelenggara peralatan pemantauan, sensor, alat penentuan (indikator) dan peralatan sokongan seperti Global positioning system (GPS), sensor dan timer mengikut manual pengeluar.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sediakan peralatan penyelenggaraan peranti tambahan, kenal pasti peranti tambahan, periksa kefungsian peranti tambahan, kalibrasi peranti tambahan dan ujilari prestasi peranti tambahan.

Hasilan CU ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih peranti tambahan jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu.
Tempoh Latihan92
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyelenggara dan baik pulih peranti tambahan jentera kecil pertanian agar dapat berfungsi dengan sempurna, memanjangkan jangka hayat dan penjimatan kos operasi syarikat atau individu.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Sediakan peralatan penyelenggaraan peranti tambahan.
2. Kenal pasti peranti tambahan.
3. Periksa kefungsian peranti tambahan.
4. Kalibrasi peranti tambahan.
5. Ujilari prestasi peranti tambahan.
Pra-SyaratTiada.