JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG TANAMAN [A016-004-5:2024]
Kod CUA016-004-5:2024-C02
CompetencyCore
Tajuk CUUrus sumber manusia dan kewangan ladang
Penerangan CUUrus sumber manusia dan kewangan ladang menerangkan kompetensi dalam pengurusan sumber manusia dan sumber kewangan ladang termasuk pengambilan, latihan, mengurus emolumen, kebajikan pekerja dan pengurusan kewangan syarikat mengikut panduan OSHA, akta pekerjaan dan dasar syarikat.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh laksana pengambilan dan latihan pekerja ladang, pantau prestasi pekerja ladang, selia kebajikan pekerja ladang dan kawal kewangan ladang.

Hasilan CU ini adalah keberkesanan operasi ladang dari segi pentadbiran sumber manusia dan pengurusan sumber kewangan.
Tempoh Latihan160
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah keberkesanan operasi ladang dari segi pentadbiran sumber manusia dan pengurusan sumber kewangan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Laksana pengambilan dan latihan pekerja ladang.
2. Pantau prestasi pekerja ladang.
3. Selia kebajikan pekerja ladang.
4. Kawal kewangan ladang.
Pra-SyaratTiada