JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPENGURUSAN LADANG TANAMAN [A016-004-5:2024]
Kod CUA016-004-5:2024-C03
CompetencyCore
Tajuk CUTingkat produktiviti tanaman
Penerangan CUTingkat produktiviti tanaman menerangkan kompetensi dalam usaha peningkatan produktiviti tanaman dengan memfokuskan sumber baharu teknologi dan potensi Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta penambahbaikan berkesan yang bersesuaian dengan dasar syarikat.

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh nilai potensi peningkatan kualiti tanaman, rangka kajian peningkatan kualiti tanaman, kenal pasti teknologi dan kaedah baharu tanaman, laksana kajian peningkatan kualiti tanaman, laksana hasil kajian peningkatan kualiti tanaman dan lapor kemajuan kajian peningkatan kualiti tanaman.

Hasilan CU ini adalah peningkatan penghasilan tanaman di mana hasil ladang bertambah dan masalah tanaman dapat dikurangkan melalui kajian, percubaan teknik baharu yang berpotensi serta penyelidikan dan Pembangunan yang berterusan.
Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah peningkatan penghasilan tanaman di mana hasil ladang bertambah dan masalah tanaman dapat dikurangkan melalui kajian, percubaan teknik baharu yang berpotensi serta penyelidikan dan Pembangunan yang berterusan.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1. Nilai potensi peningkatan kualiti tanaman.
2. Rangka kajian peningkatan kualiti tanaman.
3. Kenal pasti teknologi dan kaedah baharu tanaman.
4. Laksana kajian peningkatan kualiti tanaman.
5. Laksana hasil kajian peningkatan kualiti tanaman.
6. Lapor kemajuan kajian peningkatan kualiti tanaman.
Pra-SyaratTiada