Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN LADANG TANAMAN [A016-004-4:2024] |
---|---|
Kod CU | A016-004-4:2024-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Selaras pengurusan tanaman |
Penerangan CU | Selaras pengurusan tanaman menerangkan kompetensi dalam pelarasan semasa aktiviti penyediaan keperluan projek, susun atur struktur dan pelaksanaan jadual tanaman berdasarkan keadaan tanah dan permintaan pasaran mengikut standard akreditasi, bersesuaian dengan Amalan Pertanian Baik (APB) atau Good Agricultural Practices (GAP) dan dasar syarikat. Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh kaji permintaan dan pasaran tanaman, kaji kesesuaian tanaman, rancang susun atur dan jadual pelaksanaan tanaman, pantau aktiviti pengeluaran tanaman, rancang jualan dan pemasaran hasil tanaman dan lapor aktiviti pengeluaran hasil tanaman. Hasilan CU ini adalah perancangan rapi dan sistematik dengan mengambil kira keperluan projek, ramalan keperluan pasaran, reka bentuk susun atur pelan dan pelaksanaan berkesan jadual tanaman berdasarkan tanah kesesuaian. |
Tempoh Latihan | 180 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah perancangan rapi dan sistematik dengan mengambil kira keperluan projek, ramalan keperluan pasaran, reka bentuk susun atur pelan dan pelaksanaan berkesan jadual tanaman berdasarkan tanah kesesuaian. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Kaji permintaan dan pasaran tanaman. 2. Kaji kesesuaian tanaman. 3. Rancang susun atur dan jadual pelaksanaan tanaman. 4. Pantau aktiviti pengeluaran tanaman. 5. Rancang jualan dan pemasaran hasil tanaman. 6. Lapor aktiviti pengeluaran hasil tanaman. |
Pra-Syarat | Tiada |