Job Description (JD)
Nama Program | PENGURUSAN LADANG TANAMAN [A016-004-4:2024] |
---|---|
Kod CU | A016-004-4:2024-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | Pantau kawalan perosak dan penyakit tanaman |
Penerangan CU | Pantau kawalan perosak dan penyakit tanaman menerangkan kompetensi dalam pengurusan perlindungan tanaman termasuk program pengawasan perosak dan penyakit tanaman, pemantauan program pengawasan, perancangan strategi kawalan sesuai dengan Pengurusan Perosak Bersepadu atau Integrated Pest Management (IPM) dan Langkah Piawaian Fitosanitari Antarabangsa atau International Standard Phytosanitary Measure (ISPM). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh rancang program bancian perosak dan penyakit tanaman, kawal selia program bancian perosak dan penyakit tanaman, analisa data bancian perosak dan penyakit tanaman, rancang strategi kawalan perosak dan penyakit tanaman dan pantau keberkesanan kawalan perosak dan penyakit tanaman. Hasilan CU ini adalah kemenjadian tanaman melalui perancangan, pemantauan, pengawasan berkesan terhadap ancaman perosak dan penyakit tanaman mengikut pelan Tindakan dan strategi kawalan. |
Tempoh Latihan | 150 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah kemenjadian tanaman melalui perancangan, pemantauan, pengawasan berkesan terhadap ancaman perosak dan penyakit tanaman mengikut pelan Tindakan dan strategi kawalan. Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Rancang program bancian perosak dan penyakit tanaman. 2. Kawal selia program bancian perosak dan penyakit tanaman. 3. Analisa data bancian perosak dan penyakit tanaman. 4. Rancang strategi kawalan perosak dan penyakit tanaman. 5. Pantau keberkesanan kawalan perosak dan penyakit tanaman. |
Pra-Syarat | Tiada |