Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-004-3:2024] |
---|---|
Kod CU | A016-004-3:2024-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SEDIA KAWASAN TANAMAN |
Penerangan CU | Sedia kawasan tanaman menerangkan tentang penyediaan tapak tanaman mengikut kesesuaian aktiviti penanaman yang kondusif dan selamat mengikut Akta Alam Sekitar 1974, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (149) dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh bersih kawasan tanaman, bajak tapak tanaman, buat batas dan sungkupan tanaman, pasang junjung tanaman, pasang sistem pengairan ladang, buat lubang tanaman dan buat parit saliran. Hasilan CU ini ialah personel berkebolehan menyediakan kawasan tanaman yang bersih daripada tumbuhan dan rumpai, tapak tanaman siap dibuat batas dengan permukaan tanah rata, saiz lubang, nisbah lubah dan jarak tanaman sekata dan dirawat mengikut manual tanaman. |
Tempoh Latihan | 276 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan menyediakan kawasan tanaman yang bersih daripada tumbuhan dan rumpai, tapak tanaman siap dibuat batas dengan permukaan tanah rata, saiz lubang, nisbah lubang dan jarak tanaman sekata dan dirawat mengikut Akta Alam Sekitar 1974 dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Bersih kawasan tanaman. 2. Bajak tapak tanaman. 3. Buat batas dan sungkupan tanaman. 4. Pasang junjung tanaman 5. Pasang sistem pengairan ladang 6. Buat lubang tanaman. 7. Buat parit saliran. |
Pra-Syarat | TIADA |