Job Description (JD)
Nama Program | OPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-004-3:2024] |
---|---|
Kod CU | A016-004-3:2024-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | SEDIA TAPAK SEMAIAN TANAMAN |
Penerangan CU | Sedia tapak semaian tanaman menerangkan tentang penyediaan anak semaian yang subur dan mencukupi sebelum ditanam ke tapak tanaman mengikut Akta Alam Sekitar 1974, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (149) dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh bina struktur lindungan semaian, pasang sistem pengairan semaian, semai bahan tanaman, kendali pembiakan pokok penanti, selenggara anak semaian tanaman dan rekod kerja tapak semaian. Hasilan CU ini ialah personel berkebolehan untuk menyediakan anak semaian yang subur dan seragam, bebas daripada penyakit dan mencukupi untuk keperluan ladang mengikut Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). |
Tempoh Latihan | 202 |
Objektif Pembelajaran | Hasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah personel berkebolehan untuk menyediakan anak semaian yang subur dan seragam, bebas daripada penyakit dan mencukupi untuk keperluan ladang mengikut Akta Alam Sekitar 1974, Akta Racun Makhluk Perosak 1974 (149) dan Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP). Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan: 1. Bina struktur lindungan semaian 2. Pasang sistem pengairan semaian. 3. Semai bahan tanaman. 4. Kendali pembiakan pokok penanti. 5. Selenggara anak semaian tanaman. 6. Rekod kerja tapak semaian. |
Pra-Syarat | TIADA |