JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramOPERASI PENGELUARAN TANAMAN [A016-004-3:2024]
Kod CUA016-004-3:2024-C08
CompetencyCore
Tajuk CUSELIA OPERASI PENGELUARAN TANAMAN
Penerangan CUSelia operasi pengeluaran tanaman menerangkan tentang pelaksanaan kerja penyeliaan terhadap pengurusan ladang secara keseluruhan termasuk pengurusan tenaga kerja bagi meningkatkan hasil yang produktiviti dan berkualiti mengikut Amalan Pertanian Baik Malaysia (MyGAP).

Personel yang terampil bagi CU ini hendaklah boleh sedia jadual kerja operasi pengeluaran tanaman, laksana taklimat kerja operasi pengeluaran tanaman, laksana program bimbingan pekerja, kawal selia inventori stok ladang dan laksana penilaian kerja operasi pengeluaran tanaman.

Hasilan CU ini ialah personel berkebolehan untuk melaksanakan kerja pemantauan ladang dan prestasi pekerja secara efisien dan sistematik mengikut prosedur kerja.
Tempoh Latihan92
Objektif PembelajaranHasil pembelajaran unit kompetensi ini adalah pelatih berkebolehan untuk melaksanakan kerja pemantauan ladang dan prestasi pekerja secara efisien dan sistematik mengikut prosedur kerja yang selamat dan ergonomik.

Akhir pembelajaran unit kompetensi ini, pelatih hendaklah terampil melakukan:
1 Sedia jadual kerja operasi pengeluaran tanaman.
2 Laksana taklimat kerja operasi pengeluaran tanaman.
3 Laksana program bimbingan pekerja.
4 Kawal selia inventori stok ladang.
5 Laksana penilaian kerja operasi pengeluaran tanaman.
Pra-SyaratTIADA