JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengendalian Konflik Gajah [HT-302-3:2014]
Kod CUHT-302-3:2014-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENANGKAPAN GAJAH LIAR
Penerangan CUPenjejakan gajah liar merupakan satu proses mengenal kesan jejak, laluan, bilangan kehadiran gajah.

Penangkapan gajah liar merupakan proses menyelamat gajah liar yang terlibat dengan Konflik Manusia-Gajah.

Skop kerja ini perlu untuk mendapatkan kelulusan dan pemantauan sepenuhnya dari Jabatan PERHILITAN mengikut peruntukan;
•Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010
•Akta Senjata Api 1960
•Prosedur Kualiti Tangkapan Gajah
•Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia, 2006.
•Manual Tangkapan Gajah di Semenanjung Malaysia.
•National Elephant Conservation Action Plan ( NECAP 2013)

Kompetensi ini merangkumi teknik-teknik menjejak dan perancangan strategi untuk melaksanakan operasi tangkapan gajah

Individu yang kompeten akan berupaya dan mahir menjalankan tugas menjejak dan penangkapan gajah liar dengan kaedah yang selamat dan berkesan
Tempoh Latihan480
Objektif PembelajaranIndividu yang kompeten ini akan berupaya dan mahir menjalankan tugas bagi menyelamat dan melindungi gajah liar dikawasan konflik gajah-manusia. Setelah menyelesaikan kompetensi ini, individu ini mampu:
i. Mengatur strategi penangkapan
ii. Menyediakan senjata api dan peralatan tangkapan
iii. Menjejak gajah liar
iv. Melaksanakan aktiviti menembak pelali gajah liar
v. Merantai gajah liar
vi. Menyediakan laluan ke loading bay
Pra-Syarat0