Job Description (JD)
Nama Program | Pengendalian Konflik Gajah [HT-302-3:2014] |
---|---|
Kod CU | HT-302-3:2014-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN PEMINDAHAN GAJAH |
Penerangan CU | Operasi pemindahan gajah liar merupakan satu kerja berpasukan untuk mengeluarkan, mengangkut dan melepaskan semula gajah liar yang telah ditangkap dari kawasan konflik Gajah-Manusia ke habitat semulajadi yang lebih sesuai Skop kerja ini perlu untuk mendapatkan kelulusan dan pemantauan sepenuhnya dari Jabatan PERHILITAN mengikut peruntukan; •Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 •Akta Senjata Api 1960 •Prosedur Kualiti Operasi Pemindahan Gajah •Pelan Pengurusan Gajah Semenanjung Malaysia •National Elephant Conservation Action Plan ( NECAP 2013) •Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 Kompetensi ini merangkumi proses pemindahan gajah liar secara terperinci melibatkan perancangan, persediaan gajah denak, loading bay, pengawasan dan pelepasan gajah liar serta penyelenggaraan perlatan selepas operasi. Individu yang kompeten akan berupaya menjalankan tugas secara berpasukan. |
Tempoh Latihan | 400 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten ini akan berupaya dan mahir menjalankan tugas bagi memulihara populasi gajah liar. Setelah menyelesaikan kompetensi ini, individu ini mampu: • menyediakan pasukan dan kelengkapan pemindahan • penyediaan gajah denak • menarik keluar gajah liar dari lokasi tangkapan • pengawasan gajah liar di atas kenderaan • operasi pelepasan gajah liar |
Pra-Syarat | 0 |