Job Description (JD)
Nama Program | Pengendalian Konflik Gajah [HT-302-3:2014] |
---|---|
Kod CU | HT-302-3:2014-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | OPERASI SISTEM PAGAR ELEKTRIK (KONSERVASI GAJAH) |
Penerangan CU | Pagar elektrik merupakan satu halangan fizikal dan psikologi yang menggunakan beberapa komponen bagi menghasilkan arus elektrik (dc) untuk menghalang gajah liar memasuki kawasan ladang atau kebun. Pasukan pemeriksan pagar elektrik diwajibkan memenuhi syarat-syarat bagi mendapatkan kebenaran daripada Jabatan PRHILITAN. Kompetensi ini merangkumi aktiviti pemeriksaan dan membaikpulih pagar elektrik dengan sempurna dan selamat mengikut prosedur pemantauan pagar elektrik gajah. Individu yang kompeten ini akan berupaya dan mahir menjalankan tugas menyelenggara pagar elektrik dengan selamat. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang kompeten ini akan berupaya dan mahir menjalankan tugas menyelenggara pagar elektrik dengan selamat. Kompetensi ini merangkumi; i. Mengesahkan kawasan jajaran pagar elektrik ii. Penyediaan peralatan pemeriksaan pagar iii. Pemeriksaan arus dan keadaan pagar iv. Membaiki kerosakkan pagar elektrik dan rumah tenaga |
Pra-Syarat | 0 |