Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-203-3:2012-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | REKABENTUK KERIS & PARANG |
Penerangan CU | Reka bentuk produk keris & parang adalah proses mewujudkan rekabentuk produk yang akan dijual kepada pelanggan. Pereka produk keris & parang akan membangunkan idea, konsep, membuat lakaran seterusnya menghasilkan sampel rekabentuk produk baru. Peranan pereka produk keris & parang ini adalah untuk menggabungkan seni, sains, dan teknologi bagi mencipta produk yang berbentuk artistik dan kebolehgunaan. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam rekabentuk keris & parang ini adalah; kaji permintaan pasaran dan pelanggan dan kaji kesesuaian bahan, hasilkan lukisan kejuteraan keris & parang, hasilkan rekabentuk keris & parang dan muktamadkan rekabentuk akhir keris & parang. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan rekabentuk keris & parang yang mengikut spesifikasi. Rekabentuk keris & parang yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan keris & parang yang baik. |
Tempoh Latihan | 192 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan rekabentuk keris & parang yang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan keris & parang yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- Kaji permintaan pasaran dan pelanggan Kaji kesesuaian bahan Hasilkan lukisan kejuteraan keris & parang Hasilkan rekabentuk keris & parang Muktamadkan rekabentuk akhir keris & parang |
Pra-Syarat | 0 |