Job Description (JD)
Nama Program | Pengendalian Husbandri Gajah [HT-301-3:2014] |
---|---|
Kod CU | HT-301-3:2014-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGURUSAN KANDANG GAJAH DAN PERSEKITARAN |
Penerangan CU | Pengurusan kandang gajah dan persekitaran merupakan aktiviti yang melibatkan pengurusan dan pembersihan kandang gajah serta paddock berpandukan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716], Peraturan Pengendalian Zoo [Akta 716] dan SOP Berkaitan. Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh melaksanakan pembersihan kandang gajah dan kawasan sekitarnya, melaksanakan pengendalian peralatan kerja, melaksanakan rekacipta furniture dan melaksanakan pengayaan makanan (food enrichment). Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam menguruskan kebersihan kandang gajah dan persekitarannya serta menjaga kebajikan gajah. |
Tempoh Latihan | 142 |
Objektif Pembelajaran | Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang berkompeten dalam menguruskan kebersihan kandang dan persekitarannya serta menjaga kebajikan gajah. Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh: • Melaksanakan pembersihan kandang, padok (exercise yard) gajah dan kawasan sekitarnya, • Menguruskan sisa buangan gajah • Melaksanakan pengendalian peralatan kerja. • Melaksanakan rekacipta ‘furniture’ • Melaksanakan pengayaan makanan (food enrichment) |
Pra-Syarat | 0 |