JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengendalian Husbandri Gajah [HT-301-3:2014]
Kod CUHT-301-3:2014-C02
CompetencyCore
Tajuk CUPENJAGAAN KESIHATAN GAJAH
Penerangan CUPenjagaan kesihatan gajah merupakan pengenalan kepada asas rawatan, teknik persampelan untuk pemeriksaan kesihatan berkala dan prosedur pemeriksaan kesihatan gajah. Biologi gajah merupakan pengenalan kepada ciri-ciri biologi, anatomi, fisiologi, penyakit asas gajah, lakuan, psikologi dan morfologi gajah dengan merujuk kepada (*GAHP). Proses ini melibatkan Doktor Veterinar, Pembantu Veterinar dan Mahut.

Individu yang berkompeten dalam CU ini boleh memahami biologi gajah, melaksanakan aktiviti pengukuran morfologi gajah, melaksanakan prosedur pemeriksaan kesihatan gajah, melaksanakan rawatan asas gajah sakit, aktiviti persampelan untuk pemeriksaan kesihatan berkala dan melaksanakan perapian (trimming) kuku dan gading.

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dalam biologi asas gajah dan berkompeten dalam melaksanakan pengukuran morfologi gajah serta memastikan penjagaan kesihatan gajah dilaksanakan supaya gajah sentiasa berada dalam keadaan sihat.

Tempoh Latihan240
Objektif PembelajaranHasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang mempunyai pengetahuan dalam biologi asas gajah dan berkompeten dalam melaksanakan pengukuran morfologi gajah serta memastikan penjagaan kesihatan gajah dilaksanakan supaya gajah sentiasa berada dalam keadaan sihat.
Pra-Syarat0