JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramPengendalian Husbandri Gajah [HT-301-3:2014]
Kod CUHT-301-3:2014-C04
CompetencyCore
Tajuk CUPENGENDALIAN GAJAH
Penerangan CUPengendalian gajah merupakan aktiviti yang melibatkan pengekalan kecergasan, kecerdasan gajah serta mahut dan teknik latihan gajah mengikut Manual Latihan Gajah. Proses ini melibatkan mahut, doktor veterinar dan doktor perubatan.

Individu berkompeten dalam CU ini akan boleh melaksanakan aktiviti kesihatan, kecergasan dan kecerdasan mahut, melaksanakan aktiviti menunggang gajah dan melaksanakan aktiviti memandikan gajah.

Hasil daripada CU ini akan melahirkan individu yang mempunyai tubuh badan yang sihat secara fizikal dan mental serta mahir dalam pengendalian gajah.

Tempoh Latihan450
Objektif PembelajaranSeseorang yang kompeten dalam CU ini akan melahirkan individu yang mempunyai tubuh badan yang sihat secara fizikal dan mental serta mahir dalam pengendalian gajah. Setelah menyelesaikan Kompetensi Unit ini, pelatih boleh;
1.Melaksanakan aktiviti kesihatan, kecergasan dan kecerdasan mahut.
2.Melaksanakan aktiviti menunggang gajah
3.Melaksanakan aktiviti memandikan gajah
Pra-SyaratBerkebolehan berenang