Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-203-3:2012-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN MATA / BILAH PISAU & PARANG |
Penerangan CU | Pembuatan mata / bilah pisau dan parang adalah untuk mata / bilah yang berbentuk lurus. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan mata / bilah pisau dan parang ini adalah; sediakan peralatan & bahan pembuatan mata / bilah pisau dan parang, potong besi mengikut ukuran pembuatan mata / bilah pisau dan parang, jalankan proses mengetuk / tempa pembuatan mata / bilah pisau dan parang, jalankan proses mencanai pembuatan mata / bilah pisau dan parang, jalankan proses sepuh pembuatan mata / bilah pisau dan parang dan periksa kualiti mata / bilah pisau dan parang. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan mata / bilah pisau dan parang yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk. Mata / bilah pisau dan parang yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan mata / bilah pisau & parang yang baik. |
Tempoh Latihan | 360 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang kompeten didalam CU ini akan boleh menghasilkan mata / bilah pisau dan parang yang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan mata / bilah pisau dan parang yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- Sediakan peralatan & bahan pembuatan mata / bilah pisau dan parang Potong besi mengikut ukuran pembuatan mata / bilah pisau dan parang Jalankan proses mengetuk / tempa pembuatan mata / bilah pisau dan parang Jalankan proses mencanai pembuatan mata / bilah pisau dan parang Jalankan proses sepuh pembuatan mata / bilah pisau dan parang Periksa kualiti mata / bilah pisau & parang |
Pra-Syarat | 0 |