Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-203-3:2012-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN MATA / BILAH SABIT |
Penerangan CU | Pembuatan mata / bilah sabit adalah untuk mata / bilah yang berbentuk melengkung. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan mata / bilah sabit ini adalah; sediakan peralatan & bahan pembuatan mata / bilah sabit, potong besi mengikut ukuran pembuatan mata / bilah sabit, jalankan proses mengetuk pembuatan mata / bilah sabit, jalankan proses mencanai pembuatan mata / bilah sabit, jalankan proses sepuh pembuatan mata / bilah sabit dan periksa kualiti mata / bilah sabit. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan mata / bilah sabit yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk. Mata / bilah sabit yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan mata / bilah sabit yang baik. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang kompeten didalam CU ini akan boleh menghasilkan mata / bilah sabit melengkung yang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan mata / bilah sabit yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- Sediakan peralatan & bahan pembuatan mata / bilah sabit Potong besi mengikut ukuran pembuatan mata / bilah sabit Jalankan proses mengetuk pembuatan mata / bilah sabit Jalankan proses mencanai pembuatan mata / bilah sabit Jalankan proses sepuh pembuatan mata / bilah sabit Periksa kualiti mata / bilah sabit |
Pra-Syarat | 0 |