Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Keris & Parang [SS-203-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-203-3:2012-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN BILAH KERIS |
Penerangan CU | Pembuatan bilah keris adalah untuk bilah yang berbentuk lurus dan berlok. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan bilah keris ini adalah; sediakan peralatan & bahan pembuatan bilah keris, jalankan proses mencampur besi pembuatan bilah keris, jalankan proses membentuk bilah keris, jalankan proses mencanai pembuatan bilah keris, jalankan proses menampakkan pamor dan periksa kualiti bilah keris. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan bilah keris yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk. Bilah keris yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan bilah keris yang baik. |
Tempoh Latihan | 600 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang kompeten didalam CU ini akan boleh menghasilkan bilah keris yang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan bilah keris yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- Sediakan peralatan & bahan pembuatan bilah keris Jalankan proses mencampur besi pembuatan bilah keris Jalankan proses membentuk bilah keris Jalankan proses mencanai pembuatan bilah keris Jalankan proses menampakkan pamor Periksa kualiti bilah keris |
Pra-Syarat | 0 |