Penerangan CU | Pengurusan projek hatceri adalah untuk menentukan kejayaan pembangunan hatceri berdasarkan keperluan rancangan perniagaan, Standard Operating Procedure (SOP) dan Amalan Akuakultur Baik (GAqP). Seseorang yang kompeten dalam mengendalikan pengurusan projek hatceri haruslah boleh mengenalpasti keperluan projek hatceri, merancang jadual perlaksanaan projek hatceri, menganalisa kesesuaian tapak projek hatceri, memantau perlaksanaan projek hatceri dan menyediakan laporan aktiviti pengurusan hatceri mengikut spesifikasi dan kehendak organisasi |