Penerangan CU | Perancangan dan pembangunan hatceri adalah untuk menentukan kejayaan pembangunan hatceri berdasarkan keperluan rancangan perniagaan, Standard Operating Procedure (SOP) dan Amalan Pertanian Baik (GAqP). Seseorang yang kompeten dalam melaksanakan kerja perancangan dan pembangunan hatceri haruslah boleh mengenalpasti maklumat projek hatceri, meluluskan kesesuaian tapak dan dan jadual projek hatceri, menyediakan rancangan perniagaan projek hatceri dan mengemukakan cadangan rancangan perniagaan untuk persetujuan. |