Penerangan CU | Perancangan program biosekuriti hatceri adalah untuk mendapatkan produk yang berkualiti berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) dan Amalan Pertanian Baik (GAqP). Seseorang yang kompeten dalam melaksanakan kerja perancangan dan pembangunan sistem biosekuriti haruslah boleh mengenalpasti keperluan perancangan program biosekuriti hatceri, menyemak laporan program biosekuriti hatceri, mengesahkan laporan program biosekuriti hatceri dan membuat keputusan tindakan notifikasi sistem biosekuriti. |