Penerangan CU | Perancangan dan pembangunan sumber manusia adalah untuk mengurus dan mentadbir hal ehwal kebajikan pekerja berdasarkan Standard Operating Procedure (SOP) dan Amalan Pertanian Baik (GAqP). Seseorang yang kompeten dalam melaksanakan kerja perancangan dan pembangunan sumber manusia haruslah boleh mengenalpasti laporan perancangan dan pembangunan sumber manusia, menilai laporan perancangan dan pembangunan sumber manusia, membuat kelulusan perancangan dan pembangunan sumber manusia dan menyediakan laporan aktiviti perancangan dan pembangunan sumber manusia. |