Job Description (JD)
Nama Program | Pengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-019-3:2014-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DENGAN KAEDAH ECO FRIENDLY TIE-TIE |
Penerangan CU | Penyediaan benih/bibit penanaman rumpai laut dengan kaedah Eco Friendly Tie-Tie pengkulturan rumpai laut ialah satu proses penyediaan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut menggunakan kaedah Eco Friendly Tie-Tie. Mereka yang kompeten dalam pengkulturan rumpai laut dengan kaedah Eco Friendly Tie-Tie mesti boleh laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut, sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih, potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki, ikat benih/bibit rumpai laut mengikut kaedah penanaman Eco Friendly Tie-Tie dipelantar dan tanam/ikat benih/bibit rumpai diladang. Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat menyediakan tanaman rumpai laut dari pemulaan memilih benih/bibit sehinggalah kepada pengendalian rumpai laut yang siap sedia untuk dituai. |
Tempoh Latihan | 320 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini boleh menyediakan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut dengan menggunakan kaedah Eco Friendly Tie-Tie. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut seperti jenis (Kappaphycus, Eucheuma), umur, kesihatan • Sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih • Potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki (100 - 300gm) • Ikat benih/bibit rumpai laut mengikut kaedah penanaman Eco Friendly Tie-Tie dipelantar • Tanam/ikat benih/bibit rumpai di ladang |
Pra-Syarat | 0 |