Job Description (JD)
Nama Program | Pengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-019-3:2014-C05 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGKULTURAN RUMPAI LAUT DENGAN KAEDAH TRADISIONAL |
Penerangan CU | Pengkulturan rumpai laut dengan kaedah tradisional ialah satu proses penyediaan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut menggunakan kaedah tradisional. Mereka yang kompeten dalam pengkulturan rumpai laut dengan kaedah tradisional mesti boleh laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut, sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih, potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki, ikat benih/bibit rumpai laut dengan kaedah tradisional dan laksanakan penamanan benih/bibit rumpai diladang mengikut kaedah tradisional. Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat menyediakan tanaman rumpai laut dari pemulaan memilih benih/bibit sehinggalah kepada pengendalian rumpai laut yang siap sedia untuk dituai. |
Tempoh Latihan | 240 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menyediakan benih/bibit seterusnya menanam rumpai laut menggunakan kaedah tradisional. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Laksanakan aktiviti pemilihan benih/bibit rumpai laut • Sediakan benih/bibit yang diperlukan mengikut spesifikasi yang dipilih • Potong benih/bibit mengikut saiz/berat yang kehendaki (100 - 300gm) • Ikat benih/bibit rumpai laut mengikut kaedah over hand knot • Laksanakan penanaman benih/bibit rumpai di ladang mengikut kaedah tradisional |
Pra-Syarat | 0 |