Job Description (JD)
Nama Program | Pengkulturan Rumpai Laut [AF-019-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-019-3:2014-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENUAIAN RUMPAI LAUT |
Penerangan CU | Penuaian rumpai laut ialah satu aktiviti mengeluarkan dan mengumpul hasil tanaman rumpai laut kerana pelbagai sebab seperti memungut hasil, menyediakan benih/bibit ataupun kerana serangan penyakit atau musuh. Mereka yang kompeten dalam penuaian rumpai laut mesti boleh kenalpasti kematangan rumpai laut, sediakan keperluan dan peralatan penuaian rumpai laut, lakukan aktiviti menuai rumpai laut dan lakukan kerja pembersihan hasil tuaian rumpai laut dari benda asing Hasil dari kemahiran ini mereka yang kompeten dapat memungut hasil tanaman rumpai laut dengan berkesan, cepat dan produktif sebagaimana diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 228 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh memungut hasil tanaman rumpai laut dengan berkesan, cepat dan produktif sebagaimana diperlukan dalam industri ini mengikut tatacara yang telah ditetapkan. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:-: • Kenalpasti kematangan rumpai laut (umur, saiz talus, berat) • Sediakan keperluan dan peralatan penuaian rumpai laut • Lakukan aktiviti menuai rumpai laut • Lakukan kerja pembersihan hasil tuaian rumpai laut dari benda asing |
Pra-Syarat | 0 |