Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Beg Kulit [SS-300-1:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-300-1:2012-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN BEG SILANG RINGKAS KULIT |
Penerangan CU | Tajuk CU menerangkan keterampilan dalam pembuatan beg silang ringkas kulit Individu ini akan melakar, membuat pola, membentuk, memotong, menipiskan, menampalkan, melipat, mencantum dan membuat kemasan mengikut fesyen semasa dan kehendak pelanggan. Individu yang berketerampilan dalam CU ini mesti boleh membuat beg silang ringkas kulit tanpa lining, membuat beg silang ringkas kulit dengan cantuman, membuat beg silang ringkas kulit berzip, membuat beg silang ringkas kulit bermagnet atau berbutang dan membuat beg silang ringkas kulit berambu mengikut spesifikasi. Hasilan daripada keterampilan ini ialah untuk mendapatkan beg silang ringkas kulit mengikut teknik, kemasan dan aksesori sesuai dengan fesyen terkini. |
Tempoh Latihan | 150 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketerampilan pada CU ini mestilah dapat menghasilkan Beg Silang Ringkas Kulit pelbagai jenis, untuk memenuhi keperluan dalam unit kompetensi ini, pelatih boleh membuat: - i. Beg Silang Ringkas Kulit Tanpa Lining ii. Beg Silang Ringkas Kulit Dengan Cantuman iii. Beg Silang Ringkas Kulit Berzip iv. Beg Silang Ringkas Kulit Bermagnet / Berbutang v. Beg Silang Ringkas Kulit Berambu |
Pra-Syarat | 0 |