Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Beg Kulit [SS-300-2:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-300-2:2012-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN BEG JERUT (DRAWSTRING)KULIT |
Penerangan CU | Tajuk CU menerangkan ketrampilan dalam pembuatan beg jerut. Individu ini akan melakar, membuat pola, membentuk, memotong, menipiskan, melipat, menampalkan, mencantum dan membuat kemasan mengikut fesyen semasa dan kehendak pelanggan Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh membuat beg jerut berpoket luar, membuat beg jerut berpoket dalam,membuat beg jerut dengan cantuman, ,membuat beg jerut 2 tali ,membuat beg jerut 1 tali dan membuat beg jerut silang mengikut spesifikasi syarikat. Hasilan daripada ketrampilan ini ialah untuk mendapatkan beg jerut mengikut teknik ,kemasan dan aksesori sesuai dengan fesyen terkini. |
Tempoh Latihan | 172 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilan pada CU ini mestilah dapat menghasilkan Beg Jerut(Drawstring) Kulit pelbagai jenis, untuk memenuhi keperluan dalam unit kompetensi ini, pelatih boleh membuat: - 1. Buat Beg Jerut Berpoket Luar 2. Buat Beg Jerut Berpoket Dalam 3. Buat Beg Jerut Dengan Cantuman 4. Buat Beg Jerut 1 Tali Atau 2 Tali |
Pra-Syarat | 0 |