Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Barangan Kulit-Kasut [SS-301-1:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-301-1:2012-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN SELIPAR KULIT PEREMPUAN |
Penerangan CU | Tajuk CU menerangkan ketrampilan dalam Pembuatan Selipar Kulit Perempuan. Individu ini mampu merekabentuk pola,memotong bena mengikut saiz kaki,memasang mukaan dan melekatkan tapak mengikut spesifikasi syarikat. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh membuat selipar kulit kasual perempuan, membuat selipar kulit flip flop perempuan, membuat selipar kulit beraksesori perempuan dan membuat selipar kulit bertali perempuan mengikut spesifikasi syarikat. Hasilan daripada ketrampilan ini ialah untuk mendapatkan selipar kulit perempuan mengikut rekabentuk,jenis tapak,teknik kemasan dan aksesori yang bersesuaian. |
Tempoh Latihan | 170 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilan pada CU ini mestilah dapat menghasilkan selipar kulit perempuan pelbagai jenis. Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh membuat : - i. Selipar Kulit Flip Flop – Perempuan ii. Selipar Kulit Beraksesori - Perempuan iii. Selipar Kulit Bertali - Perempuan iv. Selipar Kulit Kasual - Perempuan |
Pra-Syarat | 0 |