Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Barangan Kulit-Kasut [SS-301-2:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-301-2:2012-C01 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN CAPAL KULIT LELAKI |
Penerangan CU | Tajuk CU menerangkan ketrampilan dalam Pembuatan Capal Kulit Lelaki. Individu ini mampu merekabentuk pola,memotong bena mengikut saiz kaki,memasang mukaan dan melekatkan tapak mengikut spesifikasi syarikat. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh membuat capal kulit lelaki tradisional, membuat capal kulit lelaki bertumit, membuat capal kulit lelaki jenis selipar dan membuat capal kulit lelaki jenis fabrik mengikut spesifikasi syarikat. Hasilan daripada ketrampilan ini ialah untuk mendapatkan capal kulit lelaki mengikut rekabentuk,jenis tapak,teknik kemasan dan aksesori yang bersesuaian. |
Tempoh Latihan | 170 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilan pada CU ini mestilah dapat menghasilkan capal kulit lelaki pelbagai jenis. Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh membuat : - i. Capal Kulit Lelaki Tradisional ii. Capal Kulit Lelaki Bertumit iii. Capal Kulit Jenis Selipar iv. Capal Kulit Lelaki Jenis Fabrik |
Pra-Syarat | 0 |