Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Barangan Kulit-Kasut [SS-301-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-301-3:2012-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN SANDAL KULIT PEREMPUAN |
Penerangan CU | Tajuk CU menerangkan ketrampilan dalam Pembuatan Sandal Kulit Perempuan. Individu ini mampu merekabentuk pola,memotong bena mengikut saiz kaki,memasang mukaan dan melekatkan tapak mengikut spesifikasi syarikat. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh membuat sandal kulit perempuan jenis wedges, membuat sandal perempuan bertumit, membuat sandal kulit perempuan berplatform dan membuat sandal kulit perempuan jenis gladiator mengikut spesifikasi syarikat. Hasilan daripada ketrampilan ini ialah untuk mendapatkan sandal kulit perempuan mengikut rekabentuk,jenis tapak,teknik kemasan dan aksesori yang bersesuaian. |
Tempoh Latihan | 72 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilan pada CU ini mestilah dapat menghasilkan sandal kulit perempuan pelbagai jenis. Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh membuat : - i. Buat sandal kulit baji (Wedges) perempuan ii. Buat sandal kulit bertumit perempuan iii. Buat sandal kulit berplatform (tapak rata) perempuan iv. Buat sandal kulit gladiator perempuan |
Pra-Syarat | 0 |