Job Description (JD)
Nama Program | Pencantum Kabel 2 (PK 2) [EE-301-3:2014] |
---|---|
Kod CU | EE-301-3:2014-C04 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGUJIAN KABEL VOLTAN SEDERHANA (VS) |
Penerangan CU | Pengujian ke atas kabel Voltan Sederhana (VS) merupakan kaedah yang dijalankan bagi memastikan kabel berada di tahap optima untuk dimulatugas. Ujian rintangan penebatan, keterusan, perfasaaan, kelembapan kabel PILC, salut luar kabel satu teras merupakan ujian asas yang perlu dilakukan bagi mengukur kualiti kabel. Mengaplikasikan Akta Bekalan Elektrik 1990 dan Peraturan-Peraturan Elektrik 1994. Pekerja kompeten perlu menguasai kerja seperti berikut: 1. Melakukan ujian rintangan penebatan kabel VS. 2. Membuat ujian keterusan pengalir kabel VS. 3. Membuat ujian kelembapan kabel PILC VS. 4. Membuat ujian perfasaan kabel VS. 5. Membuat ujian salut luar kabel satu teras VS Hasil daripada unit kompetensi ini adalah untuk memastikan : Bacaan rintangan penebatan, keterusan, rintangan salut luar, rintangan perfasaan, pemerhatian ujian kelembapan adalah melepasi syarat minima yang dikehendaki oleh pihak yang berkuasa. |
Tempoh Latihan | 14 |
Objektif Pembelajaran | Pekerja kompeten perlu menguasai kerja seperti berikut: Bacaan rintangan penebatan, keterusan, rintangan salut luar, rintangan perfasaan, pemerhatian ujian kelembapan adalah melepasi syarat minima yang dikehendaki oleh pihak yang berkuasa. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah untuk memastikan: 1. Melakukan ujian rintangan penebatan kabel VS. 2. Membuat ujian keterusan pengalir kabel VS. 3. Membuat ujian kelembapan kabel PILC VS. 4. Membuat ujian perfasaan kabel VS. 5. Membuat ujian salut luar kabel satu teras VS |
Pra-Syarat | 0 |