Job Description (JD)
Nama Program | Operasi Perladangan Lebah Madu [AF-017-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-017-3:2014-C08 |
Competency | Core |
Tajuk CU | JAMINAN KUALITI PRODUK LEBAH MADU |
Penerangan CU | Jaminan kualiti produk lebah madu adalah pelaksanaan standard kualiti dalam operasi perladangan lebah madu bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan standard kualiti antarabangsa dan kepuasan pelanggan. Seseorang yang terlibat di dalam penyediaan kawasan lebah madu mesti berkemahiran untuk mengenalpasti keperluan jaminan kualiti, melakukan dokumentasi standard kualiti, melaksanakan implementasi standard kualiti dan melaporkan pematuhan implementasi kualiti. Hasil daripada unit kompetensi ini adalah keterampilan dalam pematuhan kepada standard kualiti mengikut polisi syarikat, keperluan-keperluan standard antarabangsa dan pihak berkuasa. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Jaminan kualiti produk lebah madu adalah pelaksanaan standard kualiti dalam operasi perladangan lebah madu bagi memastikan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan memenuhi keperluan standard kualiti antarabangsa dan kepuasan pelanggan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini pelatih akan dapat :- • Kenalpasti keperluan jaminan kualiti • Lakukan dokumentasi standard kualiti • Laksanakan implementasi standard kualiti • Laporkan pematuhan implementasi kualiti |
Pra-Syarat | 0 |