Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN TANAMAN NANAS [AF-016-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-016-3:2014-C03 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENANAMAN NANAS |
Penerangan CU | Penanaman nanas adalah satu proses kerja-kerja menanam bahan tanaman di tapak tanaman yang telah disediakan mengikut sistem tanaman yang telah ditentukan. Seseorang yang terlibat di dalam penanaman nanas mesti berkemahiran untuk menyediakan peralatan penanaman, mengenalpasti sistem tanaman untuk menentukan kepadatan tanaman dan melakukan proses menanam. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk memastikan kawasan penanaman ditanam secara optimum bagi mendapatkan hasil yang maksimum. |
Tempoh Latihan | 160 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir dalam penanaman nanas ini boleh memastikan kawasan penanaman ditanam secara optimum bagi mendapatkan hasil yang maksimum. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Sediakan peralatan penanaman • Kenalpasti sistem tanaman untuk menentukan kepadatan tanaman • Lakukan proses menanam secara biasa/sungkupan |
Pra-Syarat | 0 |