Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN TANAMAN NANAS [AF-016-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-016-3:2014-C09 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENUAIAN HASIL TANAMAN NANAS |
Penerangan CU | Penuaian hasil tanaman nanas adalah proses memungut buah nanas mengikut Indeks Kematangan Buah berdasarkan keperluan pasaran dengan menggunakan kaedah penuaian yang tepat. Seseorang yang terlibat di dalam penuaian hasil tanaman nanas mesti berkemahiran untuk menyemak rekod aruhan pembungaan, mengenalpasti indeks kematangan buah dan melakukan kerja penuaian hasil buah. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk memastikan kerja-kerja memungut hasil/buah nanas dikendalikan secara sistematik untuk menjaga kualiti hasil/buah nanas dari ladang sehingga ke pusat pengumpulan. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir dalam penuaian hasil tanaman nanas ini boleh memastikan kerja-kerja memungut hasil/buah nanas dikendalikan secara sistematik untuk menjaga kualiti hasil/buah nanas dari ladang sehingga ke pusat pengumpulan. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Rancang aktiviti penuaian hasil • Kenalpasti indeks kematangan buah • Lakukan kerja penuaian hasil buah |
Pra-Syarat | 0 |