Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN TANAMAN NANAS [AF-016-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-016-3:2014-C10 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGGREDAN BUAH NANAS |
Penerangan CU | Penggredan buah nanas adalah proses pengasingan buah mengikut saiz, berat, kualiti dan Indeks Kematangan Buah untuk tujuan pasaran tempatan dan luar negara. Seseorang yang terlibat di dalam penggredan buah nanas mesti berkemahiran untuk lakukan kerja-kerja pengredan buah, periksa kualiti buah, rawat buah nanas (untuk eksport sahaja), lakukan kerja pembungkusan dan pelabelan dan simpan bungkusan nanas di dalam bilik sejuk (jika perlu). Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk memastikan hasil pengeluaran berkualiti dan seragam mengikut permintaan pasaran dan standard peraturan biosekuriti. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir dalam penggredan buah nanas ini boleh memastikan hasil pengeluaran berkualiti dan seragam mengikut permintaan pasaran. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Lakukan kerja-kerja pengredan buah • Periksa kualiti buah • Rawat buah nanas (untuk eksport sahaja) |
Pra-Syarat | 0 |