Job Description (JD)
Nama Program | PENGENDALIAN TANAMAN NANAS [AF-016-3:2014] |
---|---|
Kod CU | AF-016-3:2014-C12 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN BENIH NANAS SELEPAS TUAI |
Penerangan CU | Pengendalian pokok induk selepas tuai adalah proses untuk mengeluarkan benih nanas. Seseorang yang terlibat di dalam pengendalian pokok induk selepas tuai mesti berkemahiran untuk melakukan kerja-kerja mencantas daun pokok induk, kerja pembajaan, kerja pengawalan rumpai dan kerja pengawalan penyakit. Hasil daripada kompetensi ini adalah untuk memastikan pokok induk sihat dan berupaya mengeluarkan benih yang banyak, berkualiti dan bebas dari penyakit untuk digunapakai dalam pusingan tanaman seterusnya ataupun untuk dijual. |
Tempoh Latihan | 80 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang mahir dalam pengendalian benih nanas selepas tuai ini boleh memastikan pokok induk sihat dan berupaya mengeluarkan benih yang banyak, berkualiti dan bebas dari penyakit untuk digunapakai dalam pusingan tanaman seterusnya ataupun untuk dijual. Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih akan dapat: • Lakukan kerja-kerja mencantas daun pokok induk • Lakukan kerja pembajaan • Lakukan kerja pengawalan rumpai • Lakukan kerja pengawalan penyakit |
Pra-Syarat | 0 |