JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKewartawanan [EE-141-3:2014]
Kod CUEE-141-3:2014-C01
CompetencyCore
Tajuk CUPENGUMPULAN BAHAN BERITA
Penerangan CUPengumpulan Bahan Berita adalah satu tugasan untuk menghasilkan berita berdasarkan tugasan samada di lapangan atau dari sumber-sumber sekunder. Sumber sekunder ialah bahan sedia ada samada bahan bercetak seperti dokumen atau bahan elektronik seperti rakaman video.

Individu yang berketerampilan dalam CU ini boleh melakukan penyelidikan/kajian awal, membuat janji temu, merangka soalan-soalan, mengumpul bahan berita dan menghantar berita dari lokasi.

Hasil daripada keterampilan ini membolehkan seseorang wartawan melaksanakan tugas mengumpul bahan berita/ maklumat dengan berkesan dan memindahkannya dalam bentuk penulisan dan juga membolehkan seseorang wartawan membina hubungan dengan sumber-sumber berita.
Tempoh Latihan340
Objektif PembelajaranSetelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh:
• Melakukan persediaan awal untuk tugasan
• Membuat janji temu
• Merangka soalan-soalan
• Mengumpul bahan berita.

Hasil daripada keterampilan ini membolehkan seseorang wartawan melaksanakan tugas mengumpul bahan berita/maklumat dengan berkesan sebelum memindahkannya kepada bentuk penulisan dan berupaya membina hubungan dengan sumber-sumber berita.
Pra-Syarat0