Job Description (JD)
Nama Program | Kewartawanan [EE-141-3:2014] |
---|---|
Kod CU | EE-141-3:2014-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENULISAN BERITA |
Penerangan CU | Penulisan Berita merupakan tugasan utama seseorang wartawan. Berita adalah laporan penting dan terkini untuk menarik minat audien atau khalayak. Penulisan berita perlu menggunakan gaya penulisan yang lebih bebas, kritikal dan kreatif berbanding penulisan biasa. Kaedah penulisan berita biasanya berdasarkan teori 5W 1H (siapa/apa/bila/di mana/mengapa/bagaimana) dan teori piramid terbalik. Individu yang berketerampilan dalam CU ini berkeupayaan menganalisis bahan berita yang telah dikumpul, menentukan nilai berita dan menulis berita. Hasil daripada keterampilan ini membolehkan seseorang wartawan mahir dalam mengenalpasti maklumat mengikut nilai berita, mahir dalam mengolah maklumat dan seterusnya menulis pelbagai jenis berita bagi tujuan kewartawanan. |
Tempoh Latihan | 630 |
Objektif Pembelajaran | Setelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh: • Menganalisis maklumat yang telah dikumpul • Menentukan nilai berita • Menulis berita • Menghantar berita kepada editor. Hasil daripada keterampilan ini membolehkan seseorang wartawan mahir dalam mengenalpasti maklumat mengikut nilai berita, mahir dalam mengolah maklumat dan seterusnya menulis pelbagai jenis berita bagi tujuan kewartawanan. |
Pra-Syarat | 0 |