JOB DESCRIPTION

Job Description (JD)

Nama ProgramKewartawanan [EE-141-3:2014]
Kod CUEE-141-3:2014-C03
CompetencyCore
Tajuk CUPERAKAMAN FOTO
Penerangan CUPerakaman Foto merupakan satu proses merakam benda atau objek serta peristiwa yang boleh dimanipulasi dan disimpan untuk ditatap pada masa lain atau gambar dirakam juga berperanan sebagai alat perhubungan untuk dijadikan bahan penyampai maklumat/ mesej.

Individu yang berketerampilan dalam CU ini mesti boleh menenentukan keperluan peralatan fotografi, menentukan subjek, merakam subjek dan melakukan suntingan imej.

Hasil daripada keterampilan ini membolehkan seseorang wartawan mahir dengan teknik dan peraturan merakam subjek dan berupaya untuk menghasilkan gambar yang mempunyai ciri-ciri terbaik, seterusnya menjadikan wartawan serba boleh (wartawan merangkap wartawan foto).
Tempoh Latihan320
Objektif PembelajaranSetelah menyelesaikan unit kompetensi ini, pelatih mesti boleh:
• Menentukan keperluan peralatan fotografi.
• Menentukan subjek.
• Merakam subjek.
• Melakukan suntingan imej.

Hasil daripada keterampilan ini membolehkan seseorang wartawan mahir dalam teknik dan peraturan merakam subjek serta berupaya untuk menghasilkan gambar yang mempunyai ciri-ciri terbaik.
Pra-Syarat0