Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-205-3:2012-C07 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN WAU SERI BULAN (PERAK) |
Penerangan CU | Wau seri bulan adalah wau rasmi Negeri Perak. Wau ini berbentuk bulat seperti bulan. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau seri bulan ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau seri bulan. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau seri bulan yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau seri bulan Negeri Perak. Wau seri bulan yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau seri bulan yang baik. |
Tempoh Latihan | 168 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Seri Bulan yang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Seri Bulan yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Sediakan bahan & peralatan wau seri bulan • Jalankan pemprosesan buluhwau seri bulan • Hasilkan bingkai / rangkawau seri bulan • Jalankan proses membuat tanah wau seri bulan • Jalankan proses membuat rambu wau seri bulan • Jalankan proses mengikat teraju wau seri bulan • Jalankan proses membuat busur wau seri bulan • Periksa kualiti wau seri bulan |
Pra-Syarat | 0 |