Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-205-3:2012-C12 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN WAU KAPAL (SELANGOR) |
Penerangan CU | Wau kapal adalah wau rasmi Negeri Kelantan. Wau kapal menyerupai bentuk wau bulan tetapi memiliki ekor yang berbentuk seperti perahu. Wau kapal ini muncul pada tahun 1940-an. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau kapal ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau kapal. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau kapal yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau kapal Negeri Selangor. Wau kapal yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau kapal yang baik. |
Tempoh Latihan | 120 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan WauKapalyang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Kapal yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Sediakan bahan & peralatan wau kapal • Jalankan pemprosesan buluhwau kapal • Hasilkan bingkai / rangkawau kapal • Jalankan proses membuat tanah wau kapal • Jalankan proses membuat rambu wau kapal • Jalankan proses mengikat teraju wau kapal • Jalankan proses membuat busur wau kapal • Periksa kualiti wau kapal |
Pra-Syarat | 0 |