Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-205-3:2012-C13 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN WAU SERI NEGERI (NEGERI SEMBILAN) |
Penerangan CU | Wau seri negeri adalah wau rasmi Negeri Sembilan. Wau ini merupakan sejenis jenis layang-layang yang popular di Negeri tersebut. Jenis hiasan yang menjadi pilihan untuk menghiasi dada wau seri negeri pula adalah motif awan larat. Ekor wau seri negeri ini berkonsepkan Istana Seri Menanti. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau seri negeri ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai/rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses menampal kertas wau, jalankan proses membuat belalai, jalankan proses mengikat teraju, jalankan proses membuat busur dan periksa kualiti wau seri negeri. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau seri negeri yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau seri negeri Negeri Sembilan. Wau seri negeri yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau seri negeri yang baik. |
Tempoh Latihan | 168 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan WauSeri Negeriyang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Seri Negeriyang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Sediakan bahan & peralatan wau seri negeri • Jalankan pemprosesan buluhwau seri negeri • Hasilkan bingkai / rangkawau seri negeri • Jalankan proses membuat tanah wau seri negeri • Jalankan proses menampal kertas wau seri negeri • Jalankan proses membuat rambu wau seri negeri • Jalankan proses mengikat teraju wau seri negeri • Jalankan proses membuat busur wau seri negeri • Periksa kualiti wau seri negeri |
Pra-Syarat | 0 |