Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-205-3:2012-C14 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN WAU KIKIK (MELAKA) |
Penerangan CU | Wau kikik adalah wau rasmi Negeri Melaka. Pada zaman dahulu wau ini dikenali sebagai layang-layang laga dan wau kaca kerana menggunakan serbuk kaca pada talinya. Masyarakat barat mengenali wau kikik ini sebagai Malay Kite. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau kikik ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai / rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses mengikat teraju dan periksa kualiti wau kikik. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau kikik yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau kikik Negeri Melaka. Wau kikik yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau kikik yang baik. |
Tempoh Latihan | 96 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Kikikyang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Kikik yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Sediakan bahan & peralatan wau kikik • Jalankan pemprosesan buluhwau kikik • Hasilkan bingkai / rangkawau kikik • Jalankan proses membuat tanah wau kikik • Jalankan proses mengikat teraju wau kikik • Periksa kualiti wau kikik |
Pra-Syarat | 0 |