Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-205-3:2012-C15 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PEMBUATAN WAU DAUN / BARAT |
Penerangan CU | Wau daun / barat adalah berasal dari Pattani, Thailand. Wau ini juga dikenali sebagai wau barat kerana kedudukan Pattani yang terletak dibahagian barat Kelantan. Wau daun / barat menyerupai bentuk wau bulan tetapi adalah lebih lebar, ringan dan kelihatan seperti sehelai daun. Wau daun / barat mampu terbang tinggi walaupun semasa pada waktu angin bertiup dengan perlahan, seperti ketika pada waktu pagi. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam pembuatan wau daun / barat ini adalah; sediakan bahan & peralatan, jalankan pemprosesan buluh, hasilkan bingkai/rangka wau, jalankan proses membuat tanah wau, jalankan proses mengikat teraju dan periksa kualiti wau daun / barat. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menghasilkan wau daun / barat yang mengikut spesifikasi dan rekabentuk wau daun / barat. Wau daun / barat yang dihasilkan mesti memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan wau daun / barat yang baik. |
Tempoh Latihan | 96 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan pembuatan Wau Daun/Baratyang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan pembuatan Wau Daun/Barat yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Sediakan bahan & peralatan wau daun / barat • Jalankan pemprosesan buluhwau daun / barat • Hasilkan bingkai/rangka wau daun / barat • Jalankan proses membuat tanah wau daun / barat • Jalankan proses mengikat teraju wau daun / barat • Periksa kualiti wau daun / barat |
Pra-Syarat | 0 |