Job Description (JD)
Nama Program | Pembuatan Wau / Layang-Layang [SS-205-3:2012] |
---|---|
Kod CU | SS-205-3:2012-E02 |
Competency | Elektif |
Tajuk CU | PENERBANGAN WAU / LAYANG-LAYANG |
Penerangan CU | Menerbangkan wau / layang-layang memerlukan teknik-teknik yang tertentu. Saat paling kritikal adalah saat melancarkan wau / layang-layang ke udara. Jika berlaku kesilapan sewaktu pelancaran wau / layang-layang, wau / layang-layang akan menjadi tidak stabil dan akan menjunam dan menyebabkan kerosakan pada wau / layang-layang. Setelah wau / layang-layang telaqh ke udara, pemain perlu mengawalnya agar kekal di udara. Antara aktiviti-aktiviti kerja dalam penerbangan wau / layang-layang ini adalah; pilih lokasi penerbangan, lancarkan wau / layang-layang, kawal wau / layang-layang dan turunkan wau / layang-layang. Hasil dari kompentensi ini, kakitangan boleh menerbangkan wau / layang-layang mengikut kaedah penerbangan wau / layang-layang. Kompentensi ini perlu mempunyai minat dan tahap kesabaran yang tinggi. |
Tempoh Latihan | 72 |
Objektif Pembelajaran | Kakitangan yang berkompentensi di dalam CU ini, boleh menghasilkan penerbangan wau / layang-layangyang memenuhi kepuasan pelanggan dan mengikuti amalan penerbangan wau / layang-layang yang baik. Apabila selesai CU ini, pelatih akan boleh:- • Pilih lokasi penerbangan • Lancarkan wau / layang-layang • Kawal wau / layang-layang • Turunkan wau / layang-layang |
Pra-Syarat | 0 |