Job Description (JD)
Nama Program | PERKHIDMATAN MASYARAKAT ORANG ASLI [ET-016-1:2013] |
---|---|
Kod CU | ET-016-1:2013-C02 |
Competency | Core |
Tajuk CU | PENGENDALIAN KEPERLUAN KELAS BIMBINGAN AGAMA |
Penerangan CU | Tajuk Pengendalian Keperluan Kelas Bimbingan Agama menerangkan ketrampilan dalam mengendalikan keperluan kelas bimbingan agama. Individu ini bertanggungjawab untuk mengendalikan keperluan kelas bimbingan agama meliputi penyediaan keperluan, peserta ,bahan-bahan pengajaran dan penilaian yang akan diguna pakai sewaktu sesi kelas dijalankan. Individu yang berketrampilan dalam CU ini mesti boleh menyediakan keperluan, peserta, kelas bimbingan agama, dan keperluan penilaian pencapaian peserta kelas bimbingan agama. Hasilan daripada ketrampilan ini ialah keperluan kelas bimbingan agama dapat disediakan dengan sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan. |
Tempoh Latihan | 100 |
Objektif Pembelajaran | Individu yang berketrampilan pada CU ini mestilah boleh menyediakan keperluan kelas bimbingan agama dengan sempurna mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Bagi memenuhi keperluan dalam CU ini, pelatih boleh : - i. Menyediakan keperluan kelas bimbingan agama ii. Menyediakan peserta kelas bimbingan agama iii. Menyediakan bahan keperluan pengajaran kelas bimbingan agama iv. Menyediakan bahan keperluan penilaian kelas bimbingan agama |
Pra-Syarat | 0 |