Platform Industri

PENGENALAN

Platform Industri ini disediakan bertujuan untuk merapatkan hubungan industri, institusi latihan TVET dan golongan sasar. MySPIKE dibangunkan menyokong hasrat utama dalam Kerangka Kerjasama Strategik Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) bagi memperkukuhkan kerjasama industri ke arah pelaksanaan TVET dipacu industri.

Jabatan pada dasarnya menggalakkan program-program smart partnership antara industri dengan institusi TVET bagi memaksimumkan sumber yang ada. Di antaranya adalah:

  • Melibatkan kepakaran industri dalam institusi;
  • Perkongsian bahan pengajaran dan peralatan di antara industri dan pusat latihan;
  • Perkongsian teknologi terkini antara industri dan institusi TVET ke arah Industri 4.0.

Galakan terhadap penyertaan industri bagi memantapkan pelaksanaan TVET dilihat mampu meningkatkan kebolehpasaran graduan TVET dan meningkatkan pengambilan pekerja mahir di kalangan graduan TVET.

PERKONGSIAN MAKLUMAT SYARIKAT

Selaras dengan hasrat Jabatan bagi merapatkan hubungan antara blok penawaran dan blok permintaan di Malaysia, pihak syarikat digalakkan untuk mengisi maklumat yang diperlukan di dalam MySPIKE. Sehingga Julai 2020 sebanyak 1,916 buah syarikat telah mendaftar di MySPIKE. Tahniah diucapkan!

Maklumat ini dapat dimanfaatkan oleh pelatih dan graduan TVET terutama bagi mencari tempat latihan industri dan seterusnya berfungsi sebagai enjin carian pekerjaan.

MySPIKE juga dilihat mampu menjadi platform jalinan kerjasama strategik antara industri dan institusi latihan TVET terutama bagi menjalankan sebarang aktiviti bermanfaat untuk perkembangan TVET negara.

Bagi syarikat yang belum mendaftar, wakil syarikat hendaklah mendaftar sebagai pengguna MySPIKE dan seterusnya mengisi maklumat syarikat. Untuk makluman, pendaftaran dan pengisian maklumat ini adalah percuma.

KEPENTINGAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN (NOSS) KEPADA SYARIKAT

Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupational Skills Standard (NOSS) adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.

CIRI-CIRI UTAMA NOSS

  • Berasaskan keperluan pekerjaan.
  • Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
  • Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.

KEPENTINGAN NOSS KEPADA MAJIKAN

  • Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
  • Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
  • Menilai prestasi pekerja
  • Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
  • Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing

Senarai NOSS dan Competency Profile yang berkaitan boleh dilihat melalui pautan berikut. Senarai NOSS.

Senarai penuh dan Competency Profile yang berkaitan boleh dilihat melalui pautan berikut. Senarai Competency Profile.

PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)

Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) ataupun dahulu dikenali sebagai Pentauliahan Pencapaian Terdahulu merupakan satu kaedah untuk memberi pengiktirafan kepada mana-mana individu yang boleh membuktikan keterampilan yang digariskan di dalam Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) berdasarkan kepada pengalaman dan pencapaian terdahulu yang dimiliki.

Kaedah ini mula diperkenalkan sebagai salah satu kaedah Persijilan Kemahiran Malaysia pada 13 September 1996 bertujuan memberi pengiktirafan kepada pekerja mahir negara di mana kaedah ini menekankan konsep pembelajaran sepanjang hayat di mana proses ini dapat membantu individu untuk menilai dan membina pembelajaran yang mereka telah perolehi secara formal atau tidak formal.

Industri berpeluang untuk memberi pengkitirafan kepada pekerja dengan memohon SKM secara PPT ini. Termasuk juga pekerja yang berminat untuk meningkatkan kemahiran melalui Pusat Bertauliah PPT (PB-PPT).

Maklumat lanjut berkaitan PPT boleh didapati Di Sini

Permohonan SKM secara PPT hanya boleh dilakukan setelah mendaftar sebagai pengguna Portal MySPIKE

Daftar Sebagai Pengguna