Pembayaran Dan Langganan NOSS Secara Atas Talian
Bermula 1 Julai 2020, NOSS boleh dilanggan dan diakses secara atas talian melalui MySPIKE. Pada masa ini terdapat 1442 Program NOSS yang boleh dilanggan secara atas talian. Bilangan Program NOSS untuk langganan akan ditingkatkan dari masa ke semasa. Kos langganan bagi setiap tahap NOSS adalah RM20.00 untuk setahun. Langganan boleh dilakukan di Dashboard Pengguna.
Sila Daftar MySPIKE sebelum memulakan belian atau Login MySPIKE untuk memulakan belian di Dashbord Pengguna.
Bermula 12 Oktober 2020, pembayaran pendaftaran pelajar SLaPB, pentauliahan SLaPB (pembaharuan dan tambah program) dan proses permohonan PPT individu telah dibuka. Terdapat pelbagai jenis bayaran pentauliahan dan PPT yang akan dibuka secara berperingkat dari masa ke masa. Untuk makluman, selain dari pembelian NOSS, caj bayaran perkhidmatan akan ditanggung oleh pengguna mengikut jenis akaun yang digunakan.
Pendaftaran Perantis Baru di MySPIKE
Bermula 1 Januari 2021, semua perantis program SLDN perlu mendaftar secara atas talian melalui MySPIKE.
Sila Daftar Perantis sebelum membuat pengesahan tawaran atau Login MySPIKE untuk pengesahan tawaran program SLDN di Dashbord Pengguna.






Pendaftaran Pengguna MySPIKE
# | Pendaftaran Pengguna | Jumlah |
---|---|---|
1. | January 2021 | 1,500 |
2. | December 2020 | 1,831 |
3. | November 2020 | 2,011 |
# | Jumlah Pengguna Semasa | 119,974 |
Permohonan Personel MySPIKE January 2021
# | Jenis Permohonan | Jumlah |
---|---|---|
1. | Personel Baru | 399 |
2. | Tambah Jawatan | 165 |
3. | Tambah Program | 167 |
4. | Pembaharuan | 872 |